Posted by: thrulife | June 8, 2015

Jalan-jalan Swiss – 11

Dari Lauterbrunnen ke Jungfraujoch

Ada 2 routing menuju ke Jungfrau:

Interlaken OST – Grinderwald – Kleine Scheidegg (tukar train untuk ke Jungfraujoch) – Jungfraujoch

atau;

Interlaken OST – Lauterbrunnen – Kleine Scheidegg – Jungfraujoch

Cara yg terbaik adalah mengikut jalan yg berbeza i.e. Interlaken OST- Grinderwald–Kleine Scheidegg —Jungfrau kemudian turun melalui Lauterbrunen- Interlaken OST atau vice versa. Di Kleine Scheidegg anda akan menaiki train Jungfrau Railway, yang akan membawa anda ke Jungfraujoch , Top of Europe dalam masa setengah jam.

Untuk melengkapkan 2 routing berbeza ni, elok la bertolak awal pagi dari tempat anda supaya anda mempunyai cukup masa. Ini kerana, descending train terakhir dari Jungfrau akan mula turun pada pukul 5 pm, so jika anda tiba lewat di Jungfrau takut tak puas pula nak cover Jungfrau. I would say you should at least stay 3 hours at Jungfrau station alone.

Jangan jadi mcm aku, lurus bendul. Naik dan turun Jungfraujoch ikut jalan yg sama i.e. melalui Lauterbrunnen. Aku miss routing melalui Grinderwald. Rugi rasanya. Tak apa lah, lain kali la kot , kalau ada rezeki menjejakkan kai ke Swiss lagi,

Sepanjang perjalanan naik ke Jungfrau, pemandangannya sangat magnificent. Walaupun ketika aku ke Swiss sudah masuk musim summer, tapi salji2 di lereng2 puncak Alps masih membeku. Tak pernah seumur hidup aku terfikir akan melihat permandangan putih salju di depan mata aku.

Perjalanan naik ke Jungfraujoch, mengambil masa lebih kurang setengah jam je. Di stesen Jungfraujoch anda akan berpeluang melihat lereng Alps dari menara kaca yang dibina di lereng bukit. Putih seputih2nya. Tak pernah aku tengok suasana yg sangat putih. Hehe over kan..

Selepas lebih kurang 5 minit berhenti di sini, Train ke stesen seterusnya iaitu Jungfraujoch, Top of the World. Di sini ada beberapa paltform atau level yg harus anda lawat. Take your time to visit all levels.


Leave a comment

Categories