Posted by: thrulife | June 8, 2015

Jalan-jalan Swiss – 11

Dari Lauterbrunnen ke Jungfraujoch

Ada 2 routing menuju ke Jungfrau:

Interlaken OST – Grinderwald – Kleine Scheidegg (tukar train untuk ke Jungfraujoch) – Jungfraujoch

atau;

Interlaken OST – Lauterbrunnen – Kleine Scheidegg – Jungfraujoch

Cara yg terbaik adalah mengikut jalan yg berbeza i.e. Interlaken OST- Grinderwald–Kleine Scheidegg —Jungfrau kemudian turun melalui Lauterbrunen- Interlaken OST atau vice versa. Di Kleine Scheidegg anda akan menaiki train Jungfrau Railway, yang akan membawa anda ke Jungfraujoch , Top of Europe dalam masa setengah jam.

Untuk melengkapkan 2 routing berbeza ni, elok la bertolak awal pagi dari tempat anda supaya anda mempunyai cukup masa. Ini kerana, descending train terakhir dari Jungfrau akan mula turun pada pukul 5 pm, so jika anda tiba lewat di Jungfrau takut tak puas pula nak cover Jungfrau. I would say you should at least stay 3 hours at Jungfrau station alone.

Jangan jadi mcm aku, lurus bendul. Naik dan turun Jungfraujoch ikut jalan yg sama i.e. melalui Lauterbrunnen. Aku miss routing melalui Grinderwald. Rugi rasanya. Tak apa lah, lain kali la kot , kalau ada rezeki menjejakkan kai ke Swiss lagi,

Sepanjang perjalanan naik ke Jungfrau, pemandangannya sangat magnificent. Walaupun ketika aku ke Swiss sudah masuk musim summer, tapi salji2 di lereng2 puncak Alps masih membeku. Tak pernah seumur hidup aku terfikir akan melihat permandangan putih salju di depan mata aku.

Perjalanan naik ke Jungfraujoch, mengambil masa lebih kurang setengah jam je. Di stesen Jungfraujoch anda akan berpeluang melihat lereng Alps dari menara kaca yang dibina di lereng bukit. Putih seputih2nya. Tak pernah aku tengok suasana yg sangat putih. Hehe over kan..

Selepas lebih kurang 5 minit berhenti di sini, Train ke stesen seterusnya iaitu Jungfraujoch, Top of the World. Di sini ada beberapa paltform atau level yg harus anda lawat. Take your time to visit all levels.

Posted by: thrulife | May 31, 2015

Jalan-jalan Swiss – 10

Mari melawat Jungfrau.

Interlaken

Hari ni aku nak ke Jungfrau. Jungfrau terletak di canton Bernese Oberland. Dari Zurich nak ke Jungfrau mengambil masa dalam 3 jam lebih. Jadi jika nak ke Jungfrau dinasihatkan keluar pagi2. Masa paling sesuai nak ke Jungfrau adalah ketika cuaca terang sebab permandangan di Jungfrau sangat spectacular waktu cuaca cerah. Kalau mendung atau hujan, kabus tebal akan menyelimuti Jungfrau, jadi tak berapa nampak seluruh kawasan pergununngan Jungfraujoch tu.

Aku bangun pagi2. Pkl 9 am aku dah siap2 nak keluar (pagi la sangat pkl 9am tu…). Aku menuju ke Main Hb untuk breakfast. Nasi yang Mr Imad tu aku dah makan pagi2 tadi. Lapar betul. Mungkin sebab banyak berjalan dan tak makan heavy berhari-hari, aku jadi cepat lapar. Hotel tempat aku tinggal  ada sediakan breakfast tapi mahal sangat sebab satu meal breakfast dalam 17 franc atau bersamaan lebih kurang MYR60.

Macam biasa aku beli Croissant dan air mineral. Hotel tempat aku tinggal takde sediakan kettle. So memang terpaksa berbelanja beli air mineral setiap hari. Jenuh sangat…kalau instant coffee atau cereal 3in1 tu pun takde gunanya sebab takde bekalan air panas.

So aku naik regional train dari Main Hb menuju ke Bern. Bern adalah pusat pentadbiran kerajaan Swiss. Dulu aku ingat Zurich adalah pusat  kerajaan Swiss, tapi rupa2nya di Bern. Nampaknya Zurich lebih famous dari Bern. Dari Bern aku naik train menuju ke Interlaken OST. Perjalanan menggunakan train melalui Lake Thun and Lake Spiez. Sangat lah cantik permandangan kat sini. I managed to snap a videocam of my journey here. Mind you that I am not so good with video editing so here is the best from me 😉

The torqoise reflection of the lake was so stunning. Dalam train pulak tak ramai penumpang. Best la nak snap photo. Kejap sebelah kiri, kejap sebelah kanan. Hehe..gayat sungguh.

Dari Zurich Hb ke Bern mengambil masa lebih kurang 1 hour. Dari Bern ke stesen Interlaken OST mengambil masa dlm 50 minit. Seterusnya dari Interlaken OST ke stesen Lauterbrunnen mengambil masa dalam 20 minit. Di sini (Lauterbrunnen) aku turun untuk membeli tiket naik ke Jungfraujoch.

JAdual train and jangkamasa perjalanan dari satu stesen ke stesen berikutnya

Jadual train and jangkamasa perjalanan dari satu stesen ke stesen berikutnya.

Tiket naik ke Jungfraujoch lebih kurang RM600. Not cheap ok. Cable car / train ke Jungfraujoch tak terima Swiss pass. Jadi, memang kena beli tiket lain ok.

Posted by: thrulife | May 28, 2015

Jalan-jalan Swiss -9

Makan malam di Baden

Baden adalah sebuah bandar kecil yang terletak lebih kurang 40 minit dari Zurich Main Hb. Aku naik train dari Main Hb ke Baden dengan menggunakan Swiss pass aku yang masih valid digunakan. Tak pasti pulak berapa tambang ke Baden. Mungkin mahal. Train service di Swiss memang sangat mahal. Infact bukan setakat train, makanan jugak sangat mahal. Lebih mahal dari London.

Tiba di Baden aku turun dan jalan kaki dalam 100m sebelum menaiki bas ke tempat Mr Imad. Di bandar Baden ada satu sungai besar yang sangat cantik permandangannya. Aku terlupa nak ambil gambar bandar Baden sebab aku sibuk berbual dengan Mr Imad. So gambar di bawah ni aku random search dari google.

Baden Swiss. Gambar ihsan Wikipedia

Bandar Baden, Swiss. Gambar ihsan Swiss tourism

Sampai di rumah Mr Imad, aku solat Asar sementara menunggu maghrib. Mr Imad pulak terus masuk dapur dan masak Nasi Briyani. Aku sangat kagum dengan skill Mr Imad sebab dalam masa 1 jam sahaja dia berjaya menyudahkan hidangan Nasi Briyani siap dengan sup ayam lagi. Inilah first rice meal aku semasa berada di Swiss. Laparnya Tuhan saja yg tahu. Aku makan siap bertambah2 lagi. Memang sedap sangat nasi yang Mr Imad masak tu. Entah2 dia ni chef masa kat Iraq dulu. Tak cukup makan di rumah Mr Imad, dia siap bungkuskan pulak nasi untuk aku. Sebab halal food di Swiss memang sangat susah.  Mr Imad bekalkan aku dengan vitamin C, lemon dan tea untuk aku minum di hotel nanti. Sebab waktu tu aku tengah demam dan sakit tonsil. Baik sangat Mr Imad ni. Aku takut nak tanya pasal keluarga dia. Aku agak ada cerita sedih yang berlaku dalam hidup dia, bila dia cerita perihal dia berhijrah dari Iraq ke Swiss 15 tahun dulu.

Lepas solat maghrib aku bersiap nak ke train stesen, nak balik Main Hb. Besoknya aku akan ke Jungfrau. Kena keluar pagi2, Mr Imad hantar aku sampai ke stesen train Baden. Kalau tak dia nak hantar aku ke Main Hb Zurich, Ish..jauh tu, 40 minit perjalanan. Aku bagi tau dia, aku ada swiss pass and I will be ok. Lagi pun hotel aku betul2 depan train stesen di Bonstetten. So, tak perlu lah risau sangat. Dia risau aku pengsan sebab aku tengah high fever waktu tu.

Alhamdulillah aku selamat sampai hotel. Balik terus tidur sebab besok nak jalan jauh. Zzzz…..

Posted by: thrulife | May 17, 2015

Jalan-jalan Swiss- 8

Air terjun Schaffhausen

Hari ini aku bercadang nak ke Schaffhausen. Schaffhausen adalah sebuah bandar di pinggir Zurich dan tempat perlancongan yang terkenal di Swiss. Di sini terletaknya air terjun yang paling tinggi di Eropah iaitu Schaffhausen Rheinfall  atau air terjun Schaffhausen

Aku ke Shaffhausen dengan Mr Imad. Kami berjanji untuk berjumpa di Main Hb. Sebelum menaiki train kami beli bekal makanan kerana di sana tiada makanan halal. Aku beli sebotol air mineral, Croissant, epal dan chocolate. Kehidupan di Swiss ni simple aje. Takde nak makan berat2. Itu lah makanan aku sepanjang di Swiss selama seminggu.

Perjalanan ke Shaffhausen Rheinfall mengambil masa lebih kurang 40 minit dari Zurich. Dari Main Hb, anda perlu menaiki regional train. Regional train adalah train yang pergi ke daerah2 lain di Swiss. Platform regional train terletak di ground Main Hb. Manakala city train selalunya di bahagian bawah stesen i.e. underground. Tambang train dari Main Hb ke Shaffhausen station adalah 19.20 CHF untuk 2 hala. Tapi jika anda mempunyai Swiss pass, gunakan saja Swiss pass tu , selagi masih sah digunakan.

Sampai di stesen Shaffhausen, kami perlu menaiki bas pula. Aku tak ingat no berapa, kalau tak silap bas no 1. Kalau anda tak pasti di mana anda harus turun untuk ke Rheinfall, beritahu sahaja pemandu bas akan destinasi anda. Orang Swiss ni baik2 belaka dan sangat respect kepada pelancong. Turun dari bas, kami berjalan lebih kurang 10 minit menuruni bukit. Permandangan Rheinfall dari jalan raya sangat spectacular. Tak sangka aku sampai jugak tempat ni.

This slideshow requires JavaScript.

Aku berjalan2 di sekitar Rheinfall. Angin sepoi2 bahasa dan cuaca nyaman membuatkan aku terlelap sekejap di bangku yang disediakan di sepanjang sungai. Di Rheinfall ini juga ada muzium jam IWC. Kalau minat Swiss watch ni boleh la survey2 kot2 ada yang berkenan di hati. Harganya memang tak boleh tahan…mahal.

Di sini juga pelancong boleh menaiki bot untuk melihat air terjun dengan lebih dekat, Aku lebih suka duduk di bangku tepi singai sambil berbual2 dengan Mr Imad. Banyak pula cerita dia ni. Layan kan aje la….after all, dia ni sangat baik dan accomodative. Cuma English dia je berterabur sikit.

Petang pkl 3pm kami bergerak ke stesen Schaffhausen. Mr Imad jemput aku ke rumahnya di Baden. Nak masak nasi Briyani katanya. Rasa macam dah lama sangat aku tak makan nasi. Ok lah, rezeki jangan ditolak. To Baden we go.

Posted by: thrulife | May 13, 2015

Jalan2 Swiss – 7

Makan2 Zurich – Hiltl Restaurant

Sampai di Zurich Hb (main Hb), aku naik train ke Oerlikon station untuk berjumpa dgn kawan aku. Dari Main Hb ke Oerlikon mengambil masa lebih kurang 10 minit by train. Janji pukul 7.45, sampai 8.30 tak nampak bayang. Aku call kawan aku. Rupanya dia tunggu di platform 1 , aku pulak di platform 8. Mana nak jumpa. Oerlikon station ni agak besar, so kalau berjanji lain kali kena specific sikit kat platform mana nak meet up.

So dari Oerlikon station we walked to a Malaysian restaurant dekat Franklinstrasse 6, tapi malangnya kedai tu tutup pulak. Takde rezeki nak makan makanan Malaysia. Kami berjalan ke sebuah vegetarian restaurant, Hiltl di Sihlstrasse 28. Dekat 10 minit jugak la berjalan ke sana. Anyway it was a nice walk sebab cuaca nyaman je.

Menu di Hiltl ni adalah fully vegetarian. Restaurant ni 2 tingkat. Tingkat bawah menghidangkan makanan buffet style dan tingkat atas adalah ala carte menu. They have a wide range of vegetarian food in their buffet. Kebanyakannya makanan dari belah India. Ada briyani rice, potato, samosa, seaweed salad, onion ring, corn, bread etc. Lepas ambil makanan, kena timbang dulu berapa  berat makanan yg customer ambil. So, customer kena bayar based on berat makanan yg diambil. Bagus cara mcm ni, takde la membazir tak tentu pasal mcm kat Malaysian kan..Untuk mengetahui lebih lanjut lokasi retaurant dan menu, boleh la visit http://www.hiltl.ch/en/contact/. Please be warned, that the restaurant can be quite pack on Saturday.

below-haus4

Hiltl Haus. Gambar ehsan dari Hiltl.ch

The dinner was good, We stayed until 10.30 pm, and the shop was almost closed. After dinner we walked all the way to the main Hb. Waktu ni dah gelap. Tapi Zurich ni agak selamat sebab kadar jenayah memang amat rendah di sini. Train pulak beroperasi 24 hours jadi aku tak perlu rushing to go back to hotel.

I was told by my friend that orang2 Swiss ni kalau Sabtu dan Ahad mereka akan lepak dekat train station atau airport. Kelakar kan…sebabnya, kebanyakan premis perniagaan seperti malls akan tutup awal hari Sabtu dan tutup sepenuhnya hari Ahad. Jadi kebanyakan mereka hang out di station atau airport sebab these are the hang out place selain dari clubs yang banyak terdapat di sekitar Zurich. Tempat shopping mereka sekitar Banhofstrasse is a dead area pada weekend sebab kedai2 tutup pada hari Ahad. Berlainan dengan Malaysia, shopping malls are jam pack on weekends kan…

Aku sampai hotel pkl 12.30 mlm. Melampau kan…tapi aku tak rasa risau lansung walaupun hari dah gelap. Sebab train station tu hanya sepelaung je dari hotel aku. Infact, aku boleh nampak tingkap bilik hotel aku dari train station.

TBC,,,

Posted by: thrulife | April 11, 2015

Jalan-jalan Swiss – 6

Rigi Klum dan Luzern.

Di atas Rigi Kulm ada satu cafe. Bolehlah kalau nak rehat-rehat sambil pekena latte sementara menunggu descending train. Permandangan di atas Rigu Kulm memang magnificent. Sayangnya bateri kamera aku mati. Terpaksalah guna iphone yang tak seberapa gambarnya tu.

Di Rigi Kulm aku jumpa kawan baru, 2 pelancong tempatan. Mereka berdua berasal dari Iraq, tetapi telah lama bermastautin di Swiss. Mr Imad dan kawannya yang aku tak ingat namanya. Diorang ni baik sangat. Kawan Mr Imad mula2 tegur aku. “Excuse me, are you muslim?”. Mereka ingat aku org Morocco. Bila aku beritahu aku datang dari Malaysia, terus mereka jadi excited. Macam-macam mereka tanya aku berkenaan Malaysia. I can sense they really look up at Malaysia and Malaysians set a very good impression in their eyes. Bangga jap ok…

So we talked and hafaz beberapa surah dari Quran. I think Mr Imad is a hafiz because he easily recites a few surah from Al-Quran. Alhamdulillah. Dalam setiap kembara aku, mesti aku akan jumpa orang yg baik hati. Mereka beri aku bekal kebab yang mereka bawa dari rumah, sebab di Swiss memang susah sikit nak cari makanan halal. Terharu sangat dengan kebaikan mereka.

My friend Mr Imad, who I met at Mount Rigi.

My friend Mr Imad, who I met at Mount Rigi, Luzern.

Selepas satu jam menunggu, kami pun menaiki train turun. Kali ini kami tidak menaiki feri seperti waktu kami datang tadi. Kereta kabel  yang kami naiki ini terus  turun ke stesen Goldau yang hanya beberapa ratus meter dari train station. Kami mengambil train dari sini menuju ke Zurich Hb. Perjalanan dari sana ke Zurich Hb mengambil sama lebih kurang satu jam.

477

The hills are alive, with the sound of muuuusic…. Taken at Mount Rigi Luzern.

Posted by: thrulife | April 11, 2015

Projek terkini – Buku Memoir Tahanan Palestin

Salam,

Lama sekali tak menjeguk ke sini. Kali terakhir saya ke sini pada Disember tahun lepas. A few months had gone down into the river. What did I do? I just finished a project. Memoir catatan orang-orang Palestin yang telah dikurung di dalam penjara milik Israel.

Satu pengalaman baru buat saya. Tak pernah saya  bermimpi saya akan terlibat membuat penulisan untuk orang-orang yang hebat ini. Saya hanyalah insan kecil, yang tidak layak menulis cerita-cerita hebat mereka. Namun Allah telah menjalankan rancangan-Nya dan saya jugalah yang dipilih-Nya. Syukur Alhamdulilah,

Buku ini adalah dari catatan asal yang ditulis dalam bahasa Arab. Ia telah diterjemahkan ke empat bahasa iaitu; Bahasa Inggeris, Bahasa Turki, Bahasa Indonesia dan Bahasa Malaysia. Mungkin ada banyak kekurangan dari segi penulisan dan terjemahan. Insya-Allah jika ada peluang pada masa akan datang, saya akan perbaiki lagi skill terjemahan dan penulisan saya.

Buku ini akan dilancarkan pada Pesta Buku di PWTC pada 30 April 2015 nanti. Jangan lupa beli ye…

20150411_001416

Posted by: thrulife | December 8, 2014

Jejaka Idaman

I listened to this song  a lot when i was young. One of my favourite, …like 25 years ago? Tua dah rupanya.

The sweet old days will never return. And I am missing it so much.

Posted by: thrulife | December 6, 2014

Jalan-jalan Swiss – 5

31 May 2014 – Swiss pass dan Luzern

I slept the whole evening, Pukul 3 pagi aku terjaga sebab kesejukan. Rupanya tingkap bilik tak ditutup rapat. Patutlah terasa sejuk mcm tidur dalam aircond. Baru aku terasa lapar sebab last meal aku makan semasa di Istanbul. Nasib baik ada beli roti dekat Migross semasa di airport. Makan aje la roti tu sementara menunggu siang.

Aku sebenarnya tiada plan tertentu. Kalau ikut itinerary yang Syukri buatkan. sepatutnya hari ini aku ke Mount Rigi di Luzern.  Aku hilang minat nak ke mana2, sebab luggage aku hilang. Walaupun aku dah beli serba sedikit baju dan barang keperluan, tapi tanpa luggage bag terasa sebatang kara sangat. Uhuhu…sedihnya. Nangis lagi dalam bilik ok. Rasa menyesal yang amat . Kalau aku tak pergi trip ni pun bagus…

Swiss Pass

Selepas lunch baru aku tergerak nak keluar. Itu pun sebab mengenangkan Swiss Pass yang aku dah beli. Bukan nya murah. Harga Siwss Pass untuk 4 hari CHF 272. Nak tak nak aku tabahkan juga hati..mungkin petang nanti luggage sampai (cara2 nak pujuk hati).

Satu yang bagus dengan Swiss Pass ni, ia valid diguna pakai untuk semua jenis train (kecuali train di Jungfraujoch). Jadi memang berbaloi sangat kalau guna Swiss Pass untuk travel di Switzerland, Cara untuk membeli Siwss Pass boleh dibuat secara online. All you need to do is to indicate where you will be collecting the pass, sama ada di Zurich Airport atau meminta pass dihantar terus ke rumah anda. Cara yang paling mudah ialah dengan collect sendiri di airport upon arrival at Zurich. Untuk membeli Swiss Pass, sila ke website Rail Pass Swiss-> http://www.swiss-pass.ch/

Untuk ke Luzern, aku harus menaiki train dari Bonstetten  Westwill menuju ke Zurich Hb (singkatan bagi Zurich Hauptabanh) atau Zurich Main Station. Dari sana, aku kena naik regional train untuk ke Stesen Luzern. Perjalanan dari Zurich ke Luzern mengambil masa lebih kurang satu jam.

Luzern

Luzern

 

Sampai di Stesen Luzern , aku terus ke platform no 1 untuk menaiki feri ke Vitznau. Platform Satu ni memang khas untuk feri , dan terletak di seberang jalan sahaja dari Stesen Luzern. Sebelum tu aku beli mineral water dan Croissant (makanan rasmi aku semasa di Swiss..sebab susah sangat nak cari makanan halal)..kesian kan..

Tak sampai beberapa minit menunggu, feri pun sampai. Aku gunakan Swiss Pass aku untuk tiket feri (please check with information counter atau pegawai di platform before you embark unto the ferry ya..). Manalah tahu kalau2 promosi Swiss Pass bermusim tak cover sesetengah transport ok…

So aku pilih duduk kat luar sebab nak lihat permandangan yang lebih jelas. Lepas feri bergerak baru aku sedar betapa sejuknya cuaca di Luzern. Walau pun sejuk menikam tulang, ramai aje orang memilih duduk di luar feri sebab lebih best view nya di luar.

Aku tak ingat ada berapa banyak stesen yang harus ditempuhi dari Platform Satu untuk ke Vitznau. Tak silap aku Vitznau adalah stesen terakhir sebelum feri berpatah balik ke Platform Satu di stesen Luzern. Permandangan di sepanjang perjalanan dengan feri sangat cantik . You can choose to stop anywhere you wish. Cuma aku pilih untuk mendaki dari Vitznau sebab aku malas nak jalan. Aku nak turun feri dan terus naik train (hehe..pemalas kan…)

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Sampai di Stesen Vitznau, aku terus menaiki train untuk ke Rigi Kulm, iaitu puncak tertinggi di Mount Rigi. Again, aku tak payah beli tiket train sebab tambang train sudah termasuk dalam Swiss Pass (sila check dulu dgn pegawai train ok). Maka bermulalah perjalanan mendaki Mount Rigi. All I can say, it was a lifetime experience. Breathtaking scenary. Cantik sangat. Tak pernah aku terfikir aku akan dapat menikmati permandangan yang maha cantik ini. Thank you Allah for giving me a chance to witness your masterpiece.

Di sepanjang perjalanan ada saja penumpang yang turun naik di stesen2 tertentu. Aku agak mereka di stay overnight di sekitar perjalanan ke Mount Rigi.  Perjalanan dari Vitznau ke Rigi Kulm mengambil masa lebih kurang satu jam,

Posted by: thrulife | October 28, 2014

Fly me to the moon

Fell in lurve again and again, with her interpretation of Fly Me To The Moon. Brilliant singing. Nobody sang this song that well like Frank Sinatra and Diana Krall.

Angelina, you had me already.Can’t wait for her to grow up and have her own records.

Older Posts »

Categories

%d bloggers like this: