Posted by: thrulife | October 28, 2014

Jalan-jalan Swiss – 4

Tiba di Zurich Flughafen (airport ZUrich), perkara pertama yang aku fikirkan ialah…SHOPPING. Yes shopping , sebab aku datang sehelai sepinggang. With me, I had a pair of pyjamas, a pair of clean socks, undergarment for 2 days, a clean small towel and   and toiletaries. So I need to shop.

Masuk la aku ke H&M dan Mark and Spencer. Aku tak budget untuk shopping banyak sebab aku hanya boleh spend maximum RM2,000  (untuk claim insurance). Kalau anda nak travel, ada baiknya beli insurance premium suaya boleh claim maksimum andai sesuatu berlaku,Lagipun aku agak, paling lewat, mungkin lusa luggage aku akan tiba.

Barang-barang dalam H&M dan Mark and Spencer bukannya murah. Aku ambil yg perlu2 je. Aku ambil 2 helai blaus (ni dah kira blaus yang paling decent), satu seluar panjang dan pakaian dalam. Haha…vogue ok. Beli pakaian dalam kat H&M and Mark and Spencer. All these cost me about CHF179 atau lebih kurang MYR600. Tu dia..dahsyat kan. Lepas tu aku ke Migross, beli roti, air mineral, moisturizer dan clean socks (yg murah tu jewww…).

Selesai shopping aku pun turun ke kaunter tiket untuk membeli tiket train ke Bonstetten. Hotel aku terletak di kawasan Bonstetten dan agak outskirt dari Zurich. Lebih kurang 20 minit perjalanan dengan train. Ada 2 trains ke Bonstetten i.e. S9 and S15. Masa mula2 aku tak fasih sangat dengan train2 ni. Aku cuma tengok train yang pergi ke Zug, maka train itu lah yang akan aku naik.

Tambang satu hala dari Zurich Airport ke Bonstetten Wettswil lebih kurang dalam CHF30 ( ~MYR90). Tapi tiket ni boleh diguna semula dalam zone yg sama dalam tempoh 24 jam. Kira jimat jugak lah kalau anda memaksimumkan penggunaan tiket train di Zurich.

Keretapi di Zurich sangat selesa. Ada 2 kelas i.e. first class dan economy class. Obviously first class ticket biasanya lebih mahal. Pada aku, rasa tak payah lah kot naik first class. Economy class pun dah ok sangat. Bersh dan selesa. Di Swiss tiket tak perlu di validate kan di machine. On and off ticket inspector akan datang untuk periksa tiket. Jadi jangan cuba2 nak naik train free sebab penalti nya amat berat. Tak berbaloi kena denda sampai CHF100 (~MYR 400) semata2 nak jimat kan tiket berharga CHF10. Be warned ok…

Sampai di station Bonstetten Wettswill aku pun turun lah. Aku bayangkan hotel aku jauh dari train. Rupanya lintas jalan saje. Dekat dan sangat selesa. Tak de lah aku penat angkut barang berat2. Lebih kurang 200m saja dari station. Alhamdulillah…terror aku pilih hotel. Hee..

Bonstetten

View dari hotel Bonstetten

Selesai check in hotel, aku masuk ke bilik. Bilik aku mengadap train station dan padang hijau. Best ok…hlang sekejap rasa sedih sebab luggage bag hilang. Ah..so scenic..walaupun hanya lah padang biasa aje…Masa untuk tidue selepas seharian tensionj melayan hal luggage tak sampai. Waktu itu baru pukul 5pm.

Bersambung..

Advertisements
Posted by: thrulife | October 20, 2014

Jalan-jalan Swiss – 3

30 May 2014

Hari ni flight aku ke Zurich. Semalam aku tak boleh lelap memikirkan apa yang patut aku buat. Should I stay in Istanbul, forfeit my flight to Zurich and wait for my luggage to arrive or should I just leave to Zurich….

Flight aku ke Zurich dengan Pegasus Airlines ETD pukul 11 pagi. Pagi2 lepas bersiap aku suruh Emir, hos aku semasa di Istanbul untuk arrange kan teksi untuk pick up aku ke airport. Mujur jarak dari apartment ke airport kurang dari 5 minit .So I save a lot of travelling time to airport.

Tiba di airport, aku terus ke kaunter pertanyaan. Orang2 di Sabiha Gokcen Airport ni memang tak friendly lansung. Lain yang aku tanya, lain pulak dijawabnya. Kerja di kaunter tapi tak boleh berbahasa English. Staff perempuan semua kerek2. Jawab endah tak endah je. Menyampah betul. Last2 aku decided untuk tanya staff lelaki dekat kaunter lost and found. He could speak English here and there. Not that fluent but I knew he could understand me, It was just he could not reply to me in English very well. Aku diberitahu memang Qatar tidak ada tiket kaunter di airport tersebut. In my heart, I was cursing, big time.  Apa punya bod*h Qatar Airways…buat service flight to Sabiha Gokcen tapi takde customer service atau kaunter tiket. That would be the last aku naik Qatar, I swear.

Sudahnya aku decided untuk check in dulu. Not a good experience. Staff di kaunter tak tau yang passport Malaysia tak perlu visa untuk memasuki Europe. Lama aku kena bersoal jawab di kaunter, last2 dapat jugak check in.

So lepas check in aku decided untuk turun ke ground office di arrival hall, tempat aku buat laporan kehilangan bag semalam. Jenuh aku explain kan situasi aku. Tapi diorang buat dunno je. Mungkin sebab perkara ni dah biasa sangat diorang hadapi. Tiada penyelesaian. Jawapan yg diterima sangat menghampakan. They don’t know when my luggage will arrive from Doha. I broke down into tears. Really. Bukan drama tapi betul2 kecewa dengan layanan yang diterima. How could they just say they don’t know. Ada seorang staff yg simpati dengan aku. Dia print kan report lost luggage dari sistem komputer. Dia berjanji akan follow up untuk aku personally. She hugged me and asked me to calm down. Dia suruh aku masuk ke departure hall sebab flight ke Zurich dan final call waktu tu. Sedihnya hati waktu tu Allah saja yg tahu…

Dengan berat hati aku departed juga ke Zurich tanpa luggage bag. Hanya ada hand carry bag ok. Entah apa la nak jadi kali ni. Kesian aku..

Arriving in Zurich

Perjalanan dari Istanbul ke Zurich mengambil masa 3 jam. Aku tak excited lansung. Dalam fikiran datang bertalu2 rasa sesal rasa sebab pergi trip ni. Kalau lah aku tau jadi mcm ni, takkan aku amik short transit flight. Aku lagi rela lemau menunggu transit flight 10 jam dari hilang luggage. Waktu tu memang rasa insaf betul. Nangis dalam flight ok…

Tiba di Zurich International Airport Arrival Hall. Selesai acara check passport etc, aku ke collection counter untuk collect Swiss Pass. Dengan Swiss Pass ni aku boleh go around Swiss unlimited selama 5 hari. Such a good deal. If you plan to commute to distance places in Switzerland, this will be a  good saving to consider.

Satu yang aku perasan tentang Swiss, everything is so organized and professional. Sangat2 organized. Laluan keluar masuk di asingkan. And, Swiss people wear a lot of black and white,. Sama ada mereka tak suka colours atau itu memang uniform diorang. I wonder.

Bersambung

Posted by: thrulife | October 10, 2014

Lactose intolerance

Kenapa bila minum susu low fat milk takde kena gejala lactose intolerance eh..tapi kalau minum susu biasa, ha..memang cepat je effect nya.

Ada apa dengan low fat milk. Nak kena buat edisi siasat ni…

Posted by: thrulife | October 10, 2014

Jalan-jalan Swiss – 2

Sambungan…..

Perjalanan aku ke Istanbul menaiki QR845 dan transit di Doha selama satu jam sebelum menaiki connecting flight ke Istanbul Sabiha Gokcen Airport. Perjalanan ke Doha mengambil masa lebih kurang 8 jam. OK jugak la fly dengan Qatar. Lebih kurang MAS juga. Makanan Ok-Ok je..best lagi MH kot. Cuma in flight entertainment dalam QR best sikit dari MH.  QR ada extensive list of playlist berbanding MH. Macam2 ada dalam playlist aku. Paling best ada The Best of Metallica, Nirvana, Jon Bon Jovi dan Eagles. Haha…layan sampai lebam ok…yang ni mmg aku salute kudos kat QR.

Oleh kerana take off dari KLIA mengalami kelewatan sebab kena take turn untuk take off, QR845 tiba lewat setengah jam di Doha. Bagi yang akan ke Istanbul, kami hanya ada satu jam transit sahaja sebelum menaiki connecting flight. Bayangkan mcm mana gabranya aku. Nasib baik aku book seat depan, so aku dapat keluar awal. Lepas tu terus lari ke departure hall untuk catch the next connecting flight. Debar semacam je rasa. Sudahlah International Airport Hammad Doha tu baru je  2 hari bukak masa tu. Dengan keadaan airport yg sedikit kelam kabut dan baru, aku terkial2 mencari departure hall A. Kena pulak komputer down dan petugas Airport Hammad lembab menguruskan passenger yang tiba.. Berderau darah aku tengok barisan panjang beratur untuk safety check. Sempat ke aku nak catch connecting flight ni…..Tinggal 25 minit je ni. Waktu tu dah final call passengers ke Istanbul.

Lebih kurang 10 minit beratur akhirnya dapat jugak aku ke departure hall A. Punya la jauh, Yang paling hujung pulak tu departure gate aku. Waktu aku sampai gate , semua org dah masuk flight. Alhamdulillah, sempat jugak aku naik flight ke Istanbul. Kalau tak, masak jugak aku nak kena bayar accomodation yang aku dah book kat Istanbul kalau flight delay.

boarding pass

Dari Doha ke Istanbul mengambil masa lebih kurang tiga jam setengah. Aku tiba di Istanbul pukul 5.50pm. Di sinilah satu kejadian yang paling malang menimpa aku. Bag aku tak sampai dengan flight aku. Rupanya waktu aku berkejar di Doha tadi, beg aku tak lepas naik connecting flight QR243. Iye lah, masa ada 20 minit je kot nak transfer beg dari QR845 ke connecting flight QR243 ke Istanbul. Sudahnya..beg aku masih tertinggal di Doha. Bayangkan la betapa angin nya aku waktu tu. Ada 12 orang mengalami nasib yang sama dengan aku. Kesemuanya penumpang Malaysia. Maka bermulah episod sedis trip kali ini. 😦

Aku ke ground office membuat laporan kehilangan beg. Sedihnya, Qatar airways tiada wakil di Sabiha Gokcen Airport. Yang menguruskan beg passenger Qatar Airways adalah kakitangan airport. Sudahla tak fasih berbahasa Inggeris, terkial2 pulak tulis report. Menambahkan lagi angin kami. Ada 2 org je staff untuk handle missing baggages. Dah la penat dengan 12 jam perjalanan, lepas tu dihidangkan pulak dengan kes beg hilang dan cold treatment staff airport. Nak tak nak kami kena terima hakikat beg kami masih di Doha. Qatar airways hanya beri kami sepasang pyjamas aje. Nasib baik dalam hand carry bag aku ada simpan tuala kecil, dan pakaian dalam spare. Memang habit aku bawak spare dalam hand carry, just in case apa2 berlaku. Tak sangka kali ni betul2 kena batang hidung sendiri. Malang sungguh.

Lepas selesai urusan membuat laporan dengan airport, aku keluar ke arrival hall untuk berjumpa dengan host aku di Istanbul. Di sana aku akan bermalam selama satu malam di rumah host yang aku cari di website Airbnb. Nasib aku agak baik sebab host aku tu kerja airport. So senang lah aku nak mintak tolong dia nanti.

So tinggal lah aku dengan host aku selama satu malam. Host aku ni baik orgnya. Dia dah biasa terima tetamu yg transit di Sabiha Gokcen. Aku ceritakan masalah aku pada host aku. Dia berjanji akan cuba follow up dengan colleaguenya untuk cuba dapatkan beg aku secepat mungkin.

Malam tu aku tak boleh lelap. Walaupun aku penat mengharung perjalanan 12 jam, tapi aku jadi anxiety sebab risaukan beg aku tak sampai. Qatar janji untuk hantar beg aku besok, Tapi..besok aku dah nak ke Zurich dengan Pegasus airline. Hmm….pukul 3 pagi (local time) aku whatsapp agen insurance aku En Zaidi. Aku tak tahu nak contact siapa waktu tu. Sebolehnya aku tak mau menyusahkan family aku. Nanti mak aku risau pulak. Nasib baik agen aku ni sangat memahami. Dia terus forward kan kes aku pada Etiqa Insurance. Miss Wendy serta merta called aku dan guide kan aku apa yg harus aku buat. Sebak aku waktu tu sebab entah sape2 yang tak dikenali boleh tolong aku, pada pukul 3 pagi. Aku siap nangis masa cakap dengan Miss Wendy. Dia surh aku sabar dan ikut instruction dia.  Terima kasih Ya Allah, Kau datangkan pertolonggan tepat pada masa nya…

** Moral of the story, kalau nak transit for connecting flight, ambil la yang sela waktunya lama sikit, sekurang2nya 3 jam. Sekurang2nya kalau delay arrival, beg anda sampai bersama2 anda….stress tau takde beg ni…rasa mcm perkara yg paling malang berlaku waktu travel. Lagi satu, jgn la kedekut sangat amik insurance premium untuk bertravel. At least boleh dapat maximum coverage kalau sesuatu yg tak diingini berlaku**

Bersambung…

Posted by: thrulife | October 8, 2014

Jalan-jalan Swiss – 1

Bernese Oberland tourism destinations

Hello, this time I feel like writing again. I recently went to Switzerland and UK (not that recent actually, 5 months ago). This was the longest trip I have made so far. 3 weeks ok 🙂

So here is my travel log Swiss….

29 May 2014

Hari ini adalah hari perjalanan trip ke Europe. Setelah berbulan2 aku merancang trip ini akhirnya datang juga hari yang dinanti. Sangat excited ok…

Aku memilih Qatar Airways sebab Qatar menawarkan tambang yang lebih reasonable berbanding dengan lain2 syarikat penerbangan. Dan juga sebab Qatar Airways ada banyak jaringan flights ke destinasi lain di seluruh Europe, jadi senang lah aku nak plan ke tempat2 lain, just in case kalau aku nak singgah di negara lain. Biasalah aku ni suka buat ad-hoc plan. Main redah ikut sempat je.

Seminggu sebelum bertolak aku sangat sibuk. Aku masih belum finalize kan tempat tinggal, ground ticket dan connecting flights. Gila ke hapa..ya memang gila. Aku suka buat kerja last minute, sebab aku memang spesis yang suka procrastinate dalam apa jua hal.

” Do not procrastinate, It is like masturbating, You think it’s nice, but it’s screwing you”

…but but but…I have no excuse for this. Aku memang suka sangat mengamalkan perbuatan terkutuk ni (I mean procrastinating ye…jgn fikir yg bukan2…)

Plan asal aku adalah untuk ke Rome-Venice-Milan-Zurich-Inssbruck dan akhirnya ke Salzburg. Tapi apakan daya, atas sebab2 yang tak dapat dielakkan, partner aku tak dapat join di saat2 akhir, and so leaving me alone to venture one of the best trip I have ever made. Dan atas sebab2 keselamatan, terpaksa lah aku re-routing perjalanan aku ke Swiss dan seterusnya ke UK sebab aku ada kawan di UK. It is not a good idea to travel alone through the long journey. Walaupun Eruope agak selamat untuk solo woman traveller like me, aku masih ambil langkah berjaga2. Aku risau juga kalau aku jatuh sakit semasa travelling nanti atau ada masalah2 lain. Jadi terpaksa lah aku tukar plan.

Untuk ke Swiss, aku memilih routing dari KLIA ke Istanbul (Sabiha Gokcen Airport Istanbul) dan tinggal satu malam di Istanbul. Dari Istanbul akan akan menaiki Pegasus Airline ke Zurich. Much cheaper, but really troublesome, sebab sesuatu berlaku pada aku semasa di Istanbul (akan dicerita dengan lebih lanjut dalam next episod).

Jika anda bercadang nak ke Istanbul, anda mesti tahu di  airport mana anda akan tiba. Ada 2 airport di Istanbul – Attartuk International Airport dan Sabiha Gokcen Airport. Kebanyakan budget airlines beroperasi di Sabiha Gokcen. Airport ini merupakan antara airport yang menawarkan tambang murah ke destinasi lain ke Europe dengan kadar yang sangat reasonable. Avid traveller like me akan menggunakan airport ini untuk memasuki Europe. So, pay more attention when you do flight booking. Pastikan anda tidak tersalah airport ye….

**Remembering about this trip make me excited to travel again. And I still want to go Swiss lagi sekali, boleh?**lake thun

Lake Thun in Bernese Oberland, Swiss

Posted by: thrulife | October 1, 2014

Honesty

Hey, seems like I have been away for ages. I have lost touch with my thoughts and words. I wasn’t that busy, but I tried not to be too contained with the part and parcels of my life.

Through these tough years, I have learned something. Whatever happened to us, is just bits and pieces of life. The ups and the downs. Calm down and live as usual. It is not easy, but struggling will not make it any better. So why choose the difficult way..?

Anyhu, I wanted to start blogging again, I want to share my trip visits to places that I have been . So here it goes, wait for my next post ya…

Honesty

If you search for tenderness
It isn’t hard to find
You can have the love you need to live
But if you look for truthfulness
You might just as well be blind
It always seems to be so hard to giveHonesty is such a lonely word
Everyone is so untrue
Honesty is hardly ever heard
And mostly what I need from youI can always find someone
To say they sympathize
If I wear my heart out on my sleeve
But I don’t want some pretty face
To tell me pretty lies
All I want is someone to believe

Honesty is such a lonely word
Everyone is so untrue
Honesty is hardly ever heard
And mostly what I need from you

I can find a lover
I can find a friend
I can have security
Until the bitter end
Anyone can comfort me
With promises again
I know, I know

When I’m deep inside of me
Don’t be too concerned
I won’t ask for nothin’ while I’m gone
But when I want sincerity
Tell me where else can I turn
Cause you’re the one that I depend upon

Honesty is such a lonely word
Everyone is so untrue
Honesty is hardly ever heard
And mostly what I need from you

Posted by: thrulife | December 9, 2013

Next plan

I am planning for a trip. Destination – not sure, when – not finalized and how long – still thinking.

I just want to pack my things and go. I pray something good will happen after this. Amin.

Posted by: thrulife | September 29, 2013

:-) ♡♡♡♡♡

hello…i forgotten i hv a blog here. my travel log has been unattended for long…busy busy bee me.

The first time i heard this version of Lefthanded’s masterpiece in versus, I felt in love. With the arrangement of music, the voice and the band

Like 1000x
Read More…

Posted by: thrulife | April 11, 2013

Stop using Topical Steroids for eczema

If you are wondering why your eczema is worsening eventhough you are under treatment, it could have been due to the drugs i.e. Topical steroid you used to treat eczema. Topical steroid is not a solution for eczema. It just supresses the immune system. As soon as after you stop using topical steroid, your body will react and eczema will spread to even a surface which has no eczema before. The skin will become flaming red, flushing hot and in constant pain. I have been in this nightmare and still have not recovered from it. It will take 2 to 3 years for the body to be totally healed from this ordeal. For more info pls visit ITSAN. org

« Newer Posts - Older Posts »

Categories

%d bloggers like this: