Posted by: thrulife | May 28, 2015

Jalan-jalan Swiss -9

Makan malam di Baden

Baden adalah sebuah bandar kecil yang terletak lebih kurang 40 minit dari Zurich Main Hb. Aku naik train dari Main Hb ke Baden dengan menggunakan Swiss pass aku yang masih valid digunakan. Tak pasti pulak berapa tambang ke Baden. Mungkin mahal. Train service di Swiss memang sangat mahal. Infact bukan setakat train, makanan jugak sangat mahal. Lebih mahal dari London.

Tiba di Baden aku turun dan jalan kaki dalam 100m sebelum menaiki bas ke tempat Mr Imad. Di bandar Baden ada satu sungai besar yang sangat cantik permandangannya. Aku terlupa nak ambil gambar bandar Baden sebab aku sibuk berbual dengan Mr Imad. So gambar di bawah ni aku random search dari google.

Baden Swiss. Gambar ihsan Wikipedia

Bandar Baden, Swiss. Gambar ihsan Swiss tourism

Sampai di rumah Mr Imad, aku solat Asar sementara menunggu maghrib. Mr Imad pulak terus masuk dapur dan masak Nasi Briyani. Aku sangat kagum dengan skill Mr Imad sebab dalam masa 1 jam sahaja dia berjaya menyudahkan hidangan Nasi Briyani siap dengan sup ayam lagi. Inilah first rice meal aku semasa berada di Swiss. Laparnya Tuhan saja yg tahu. Aku makan siap bertambah2 lagi. Memang sedap sangat nasi yang Mr Imad masak tu. Entah2 dia ni chef masa kat Iraq dulu. Tak cukup makan di rumah Mr Imad, dia siap bungkuskan pulak nasi untuk aku. Sebab halal food di Swiss memang sangat susah.  Mr Imad bekalkan aku dengan vitamin C, lemon dan tea untuk aku minum di hotel nanti. Sebab waktu tu aku tengah demam dan sakit tonsil. Baik sangat Mr Imad ni. Aku takut nak tanya pasal keluarga dia. Aku agak ada cerita sedih yang berlaku dalam hidup dia, bila dia cerita perihal dia berhijrah dari Iraq ke Swiss 15 tahun dulu.

Lepas solat maghrib aku bersiap nak ke train stesen, nak balik Main Hb. Besoknya aku akan ke Jungfrau. Kena keluar pagi2, Mr Imad hantar aku sampai ke stesen train Baden. Kalau tak dia nak hantar aku ke Main Hb Zurich, Ish..jauh tu, 40 minit perjalanan. Aku bagi tau dia, aku ada swiss pass and I will be ok. Lagi pun hotel aku betul2 depan train stesen di Bonstetten. So, tak perlu lah risau sangat. Dia risau aku pengsan sebab aku tengah high fever waktu tu.

Alhamdulillah aku selamat sampai hotel. Balik terus tidur sebab besok nak jalan jauh. Zzzz…..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: