Posted by: thrulife | May 17, 2015

Jalan-jalan Swiss- 8

Air terjun Schaffhausen

Hari ini aku bercadang nak ke Schaffhausen. Schaffhausen adalah sebuah bandar di pinggir Zurich dan tempat perlancongan yang terkenal di Swiss. Di sini terletaknya air terjun yang paling tinggi di Eropah iaitu Schaffhausen Rheinfall  atau air terjun Schaffhausen

Aku ke Shaffhausen dengan Mr Imad. Kami berjanji untuk berjumpa di Main Hb. Sebelum menaiki train kami beli bekal makanan kerana di sana tiada makanan halal. Aku beli sebotol air mineral, Croissant, epal dan chocolate. Kehidupan di Swiss ni simple aje. Takde nak makan berat2. Itu lah makanan aku sepanjang di Swiss selama seminggu.

Perjalanan ke Shaffhausen Rheinfall mengambil masa lebih kurang 40 minit dari Zurich. Dari Main Hb, anda perlu menaiki regional train. Regional train adalah train yang pergi ke daerah2 lain di Swiss. Platform regional train terletak di ground Main Hb. Manakala city train selalunya di bahagian bawah stesen i.e. underground. Tambang train dari Main Hb ke Shaffhausen station adalah 19.20 CHF untuk 2 hala. Tapi jika anda mempunyai Swiss pass, gunakan saja Swiss pass tu , selagi masih sah digunakan.

Sampai di stesen Shaffhausen, kami perlu menaiki bas pula. Aku tak ingat no berapa, kalau tak silap bas no 1. Kalau anda tak pasti di mana anda harus turun untuk ke Rheinfall, beritahu sahaja pemandu bas akan destinasi anda. Orang Swiss ni baik2 belaka dan sangat respect kepada pelancong. Turun dari bas, kami berjalan lebih kurang 10 minit menuruni bukit. Permandangan Rheinfall dari jalan raya sangat spectacular. Tak sangka aku sampai jugak tempat ni.

This slideshow requires JavaScript.

Aku berjalan2 di sekitar Rheinfall. Angin sepoi2 bahasa dan cuaca nyaman membuatkan aku terlelap sekejap di bangku yang disediakan di sepanjang sungai. Di Rheinfall ini juga ada muzium jam IWC. Kalau minat Swiss watch ni boleh la survey2 kot2 ada yang berkenan di hati. Harganya memang tak boleh tahan…mahal.

Di sini juga pelancong boleh menaiki bot untuk melihat air terjun dengan lebih dekat, Aku lebih suka duduk di bangku tepi singai sambil berbual2 dengan Mr Imad. Banyak pula cerita dia ni. Layan kan aje la….after all, dia ni sangat baik dan accomodative. Cuma English dia je berterabur sikit.

Petang pkl 3pm kami bergerak ke stesen Schaffhausen. Mr Imad jemput aku ke rumahnya di Baden. Nak masak nasi Briyani katanya. Rasa macam dah lama sangat aku tak makan nasi. Ok lah, rezeki jangan ditolak. To Baden we go.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: