Posted by: thrulife | December 6, 2014

Jalan-jalan Swiss – 5

31 May 2014 – Swiss pass dan Luzern

I slept the whole evening, Pukul 3 pagi aku terjaga sebab kesejukan. Rupanya tingkap bilik tak ditutup rapat. Patutlah terasa sejuk mcm tidur dalam aircond. Baru aku terasa lapar sebab last meal aku makan semasa di Istanbul. Nasib baik ada beli roti dekat Migross semasa di airport. Makan aje la roti tu sementara menunggu siang.

Aku sebenarnya tiada plan tertentu. Kalau ikut itinerary yang Syukri buatkan. sepatutnya hari ini aku ke Mount Rigi di Luzern.  Aku hilang minat nak ke mana2, sebab luggage aku hilang. Walaupun aku dah beli serba sedikit baju dan barang keperluan, tapi tanpa luggage bag terasa sebatang kara sangat. Uhuhu…sedihnya. Nangis lagi dalam bilik ok. Rasa menyesal yang amat . Kalau aku tak pergi trip ni pun bagus…

Swiss Pass

Selepas lunch baru aku tergerak nak keluar. Itu pun sebab mengenangkan Swiss Pass yang aku dah beli. Bukan nya murah. Harga Siwss Pass untuk 4 hari CHF 272. Nak tak nak aku tabahkan juga hati..mungkin petang nanti luggage sampai (cara2 nak pujuk hati).

Satu yang bagus dengan Swiss Pass ni, ia valid diguna pakai untuk semua jenis train (kecuali train di Jungfraujoch). Jadi memang berbaloi sangat kalau guna Swiss Pass untuk travel di Switzerland, Cara untuk membeli Siwss Pass boleh dibuat secara online. All you need to do is to indicate where you will be collecting the pass, sama ada di Zurich Airport atau meminta pass dihantar terus ke rumah anda. Cara yang paling mudah ialah dengan collect sendiri di airport upon arrival at Zurich. Untuk membeli Swiss Pass, sila ke website Rail Pass Swiss-> http://www.swiss-pass.ch/

Untuk ke Luzern, aku harus menaiki train dari Bonstetten  Westwill menuju ke Zurich Hb (singkatan bagi Zurich Hauptabanh) atau Zurich Main Station. Dari sana, aku kena naik regional train untuk ke Stesen Luzern. Perjalanan dari Zurich ke Luzern mengambil masa lebih kurang satu jam.

Luzern

Luzern

 

Sampai di Stesen Luzern , aku terus ke platform no 1 untuk menaiki feri ke Vitznau. Platform Satu ni memang khas untuk feri , dan terletak di seberang jalan sahaja dari Stesen Luzern. Sebelum tu aku beli mineral water dan Croissant (makanan rasmi aku semasa di Swiss..sebab susah sangat nak cari makanan halal)..kesian kan..

Tak sampai beberapa minit menunggu, feri pun sampai. Aku gunakan Swiss Pass aku untuk tiket feri (please check with information counter atau pegawai di platform before you embark unto the ferry ya..). Manalah tahu kalau2 promosi Swiss Pass bermusim tak cover sesetengah transport ok…

So aku pilih duduk kat luar sebab nak lihat permandangan yang lebih jelas. Lepas feri bergerak baru aku sedar betapa sejuknya cuaca di Luzern. Walau pun sejuk menikam tulang, ramai aje orang memilih duduk di luar feri sebab lebih best view nya di luar.

Aku tak ingat ada berapa banyak stesen yang harus ditempuhi dari Platform Satu untuk ke Vitznau. Tak silap aku Vitznau adalah stesen terakhir sebelum feri berpatah balik ke Platform Satu di stesen Luzern. Permandangan di sepanjang perjalanan dengan feri sangat cantik . You can choose to stop anywhere you wish. Cuma aku pilih untuk mendaki dari Vitznau sebab aku malas nak jalan. Aku nak turun feri dan terus naik train (hehe..pemalas kan…)

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Sampai di Stesen Vitznau, aku terus menaiki train untuk ke Rigi Kulm, iaitu puncak tertinggi di Mount Rigi. Again, aku tak payah beli tiket train sebab tambang train sudah termasuk dalam Swiss Pass (sila check dulu dgn pegawai train ok). Maka bermulalah perjalanan mendaki Mount Rigi. All I can say, it was a lifetime experience. Breathtaking scenary. Cantik sangat. Tak pernah aku terfikir aku akan dapat menikmati permandangan yang maha cantik ini. Thank you Allah for giving me a chance to witness your masterpiece.

Di sepanjang perjalanan ada saja penumpang yang turun naik di stesen2 tertentu. Aku agak mereka di stay overnight di sekitar perjalanan ke Mount Rigi.  Perjalanan dari Vitznau ke Rigi Kulm mengambil masa lebih kurang satu jam,

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: