Posted by: thrulife | October 28, 2014

Jalan-jalan Swiss – 4

Tiba di Zurich Flughafen (airport ZUrich), perkara pertama yang aku fikirkan ialah…SHOPPING. Yes shopping , sebab aku datang sehelai sepinggang. With me, I had a pair of pyjamas, a pair of clean socks, undergarment for 2 days, a clean small towel and   and toiletaries. So I need to shop.

Masuk la aku ke H&M dan Mark and Spencer. Aku tak budget untuk shopping banyak sebab aku hanya boleh spend maximum RM2,000  (untuk claim insurance). Kalau anda nak travel, ada baiknya beli insurance premium suaya boleh claim maksimum andai sesuatu berlaku,Lagipun aku agak, paling lewat, mungkin lusa luggage aku akan tiba.

Barang-barang dalam H&M dan Mark and Spencer bukannya murah. Aku ambil yg perlu2 je. Aku ambil 2 helai blaus (ni dah kira blaus yang paling decent), satu seluar panjang dan pakaian dalam. Haha…vogue ok. Beli pakaian dalam kat H&M and Mark and Spencer. All these cost me about CHF179 atau lebih kurang MYR600. Tu dia..dahsyat kan. Lepas tu aku ke Migross, beli roti, air mineral, moisturizer dan clean socks (yg murah tu jewww…).

Selesai shopping aku pun turun ke kaunter tiket untuk membeli tiket train ke Bonstetten. Hotel aku terletak di kawasan Bonstetten dan agak outskirt dari Zurich. Lebih kurang 20 minit perjalanan dengan train. Ada 2 trains ke Bonstetten i.e. S9 and S15. Masa mula2 aku tak fasih sangat dengan train2 ni. Aku cuma tengok train yang pergi ke Zug, maka train itu lah yang akan aku naik.

Tambang satu hala dari Zurich Airport ke Bonstetten Wettswil lebih kurang dalam CHF30 ( ~MYR90). Tapi tiket ni boleh diguna semula dalam zone yg sama dalam tempoh 24 jam. Kira jimat jugak lah kalau anda memaksimumkan penggunaan tiket train di Zurich.

Keretapi di Zurich sangat selesa. Ada 2 kelas i.e. first class dan economy class. Obviously first class ticket biasanya lebih mahal. Pada aku, rasa tak payah lah kot naik first class. Economy class pun dah ok sangat. Bersh dan selesa. Di Swiss tiket tak perlu di validate kan di machine. On and off ticket inspector akan datang untuk periksa tiket. Jadi jangan cuba2 nak naik train free sebab penalti nya amat berat. Tak berbaloi kena denda sampai CHF100 (~MYR 400) semata2 nak jimat kan tiket berharga CHF10. Be warned ok…

Sampai di station Bonstetten Wettswill aku pun turun lah. Aku bayangkan hotel aku jauh dari train. Rupanya lintas jalan saje. Dekat dan sangat selesa. Tak de lah aku penat angkut barang berat2. Lebih kurang 200m saja dari station. Alhamdulillah…terror aku pilih hotel. Hee..

Bonstetten

View dari hotel Bonstetten

Selesai check in hotel, aku masuk ke bilik. Bilik aku mengadap train station dan padang hijau. Best ok…hlang sekejap rasa sedih sebab luggage bag hilang. Ah..so scenic..walaupun hanya lah padang biasa aje…Masa untuk tidue selepas seharian tensionj melayan hal luggage tak sampai. Waktu itu baru pukul 5pm.

Bersambung..


Responses

  1. Salam … tengah carik2 info for my swiss trip next year, then tercome across your blog … skerinye bile bace citer pasal your lost luggage… me baru plan nak naik Qatar Airways transit kat Doha jugak..

    anyway, keep on updating ok.. waiting for your next entry 🙂

    Liked by 1 person

  2. Terima kasih kerana melawat blog saya yg tak seberapa ni. Saya akan update entry2 baru dari masa ke semasa. Harap ada berguna posting2 saya dalam ni ya.

    Like


Leave a comment

Categories