Kenapa la agaknya internet slow bukan main semenjak dua menjak ni. Asyik disconnect je…panas hati aku aihh…
Sambungan…
Sepanjang hari aku berjalan, sikit pun tak terasa letih apatah lagi lapar. Mungkin sebab cuaca nya yang nyaman dan berangin. Nice weather. I loikkkee
Aku masuk 2-3 kedai untuk survey souvenir. Hampir semua kedai jual benda yg sama. Harga pun lebih kurang aje. Satu yang pasti kt sini mcm susah sikit nak tawar menawar. Aku rasa mat saleh ni memang kureng sikit dalam hal tawar menawar. Mungkin bukan culture diorang. Harga yg diletak pada barang tu memang harga mati, so jgn mimpi nak tawar menawar.
Salah satu souvenir yg aku yang aku berkenan adalah miniature footballers. Sangat lah cute. Pandai diorang buat miniature tu serupa dengan pemain bolasepak. Jadi pulak tu. Ada mcm2 rupa..ada Ronaldo, Zidane, dan entah siapa2 lagi la yg aku tak tahu, Harga nya pun boleh tahan.. Aku ingat nak beli satu sebagai tanda kenangan. Maklum la..benda2 mcm ni hanya ada di tempat ni. Tapi meilhat kan harga nya (sila lihat tag price) terus aku takjadi beli.
Satu tabiat aku bila berjalan, aku cukup takut nak berbelanja besar. AKu takut aku tak cukup duit. Sudahnya..banyak souvenir menarik yg aku miss beli! Lepas tu mula la datang rasa menyesal dalam diri sebab tak beli. Hmm…

Satu lagi tourist attraction yg sempat aku lawat ialah the legendary Astronomical Clock.Jam ni ada sejarah ya yg tersendiri. Dibina sekitar tahun 1410 oleh seorang artis, Master Hanus. Lepas Master Hanus siap membina jam ni, mata beliau dibutakan (kesiannn …). Sampai hati betul raja tu.Tujuan mata beliau dibutakan ialah supaya Master Hanus tidak dapat membina jam yg sama. Agaknya pada zaman tu, ini lah jam paling grand yg pernah dibina. So raja pada zaman tu tak nak Master Hanus membina satu lagi jam yg sama kt tempat lain.
So, hingga sekarang , memang jam ni tiada dua nya. The one and only clock in this city. Dari catatan sejarah, tak lama lepas dibutakan, Master Hanus committed suicide dengan memasuki mekanikal jam yg beliau bina sendiri. He died immediately. Ish ish…very tragic eh.
Begitu le serba sedikit sejarah jam yg sempat aku baca dan faham. Sampai ke hari ni jam ni masih berfungsi. Punya la susah nak bergambar dekat jam ni, sebab setiap saat ada saja orang nak bergambar.
Bersambung..
kejam raja tu
masa pergi ni kerja atau saja jalan2?
kak lela sihat aje, skrg tengah sambung belajar kat UPSI, master in accounting education, so life macam busy sangat, tapi skrg cuti sem bulan june baru start sem baru, tapi skrg sibuk dengan thesis
lama tak jumpa, kat sebelah rumah atuk KT ada restoren wawa kan, kami selalu pergi makan kat sana hehehehe
bila balik ipoh jangan lupa singgah rumah
By: ummibatrisya on April 28, 2010
at 9:43 am
Huhuhu…Kak Lela….atuk dah lama meninggal. Umah tu disewakan kat org…sedis la kalau lalu situ.
Kami pun dah tak balik situ, balik umah mak cik kt depan Lost World tu je..
Kak Lela, minggu depan InsyaAllah saya gi Ipoh…nanti saya calling2 eh..
Take good care
By: thrulife on April 28, 2010
at 9:46 am
anna…..best la citer pasal jam master hanus tu……very tragic and sentimental value…..huhu…
By: abgcomei on May 2, 2010
at 3:12 pm