Posted by: thrulife | April 21, 2010

Jejak2 Frankfurt – episode 12

Pukul 1130 pagi aku bersiap2 untuk sight seeing di kota Prague. Cuaca di luar suam2 kuku. Bulan June – Julai adalah waktu puncak tourist melawat Kota Prague. Iye lah, cuacanya pun tidak panas, aku rasa dalam sekitar 15-18 celcius kot..

Aku berjalan2 di sekitar kota. Mula2 tu aku sibuk aje nak tengok peta. Tapi aku selalu sesat sebab jalan2 di kota Prague memang berselirat habis. Sudahnya aku simpan aje peta yang aku ambil dari hotel. I chose to be pleasurely lost. Its nice to be lost in Prague. Kerana setiap corner dan jalannya pasti akan ada sesuatu yang menarik perhatian. Kalau penat berjalan, stop aje di mana2 restaurant atau cafe2 di sepanjang kota Prague.

Czech memang terkenal dengan hasil seni halus objek kaca atau kristal. Aku sempat masuk ke 2-3 buah kedai menjual kristal swaroski. Kedai luarnya nampak biasa aje. Tapi dalamna penuh dengan kristal bermacam warna. Ada mcm2 design, dari erhiasa rumah sehigga la ke barang kemas. Kalau aku turutkan hati memang aku teringin sangat nak beli satu bangle kristal berwarna ungu. Tapi harganya membuatkan aku fikir 12 kali :p

Aku berpusing2 di sekitar Old Town. Ramai juga org santai2 lepak depan statue sambil melihat gelagat tourist. Diorang ni take kerja ke…ke semua tourist mcm aku jugak. Aku pun sama la jugak mcm diorang. Hehehe…Penat berjalan, lepak sekejap depan statue sambil meilihat2 gelagat org. Best juga melepak tengok orang ni. Macam2 pe’el dan ragam.

Dalam berpusing2 di sekitar kota Prague, aku secara tak sengaja sampai di Old Town Square. Main tourist attraction. Kalau naik train atau metro, boleh la turun di stesen Staromestska (line A). Di situ ada sebuah gereja lama,Tyn Church yang dibina pada tahun 1385. Gereja ni mempunyai 2 tower dan merupakan antara major attraction di Old Town Prague. Waktu siang nampak cantik and very historical. Kalau waktu malam mcm mana la agaknya ya…aku membayangkan suasananya eerie dan creepy aje.

Satu yang aneh tentang kota ni, salah satu aktiviti tourist di sini pada waktu malam ialah Hanuted Tour yang bermula jam 9pm. Ramai aje orang yg join Haunted tour ni. Mungkin agaknya sebab nature kota ini sendiri , old and historical, maka diorang percaya spirit2 lama ni masih menghuni kota ini. Seriously, ramai yg turut serta dalam Haunted Tour ni. Aku pulak, kalau diberi voucher free untuk ikut serta aktiviti ni, belum tentu aku mau lah. Tapi kalau berdua, mungkin lah! Hehehe..memang dasar penakut eh..

Bersambung…

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.