Beberapa hari kebelakangan ni aku tak sihat. Tonsil aku sakit berdenyut2. Mulanya sakit biasa2 aje. Aku buat tak tau je lah. Tapi makin hari semakin sakit sehinggalah hari Isnin kelmarin, aku dah tak boleh makan, minum atau bercakap. Sakitnya Allah saja yang tau. Seriously pain sehinggakan aku tak boleh berfikirkan hal lain kecuali kesakitan tu aje.
Aku rasa lah, sakit tonsil ni akibat terlalu banyak makan makanan masa jamuan open house. Kalau ikut teori aku, makanan masa open house tu banyak spices contohnya rendang, kuah kacang, kari, soto, lontong etc etc ditambah pulak dengan minuman berais yg merengsakan tekak. No wonder la ramai yg sakit tekak lepas raya. Penangan makan free!!
Sepanjang hidup ini selama 32 tahun, inilah kali pertama aku sakit tonsil. Dan kalau ada orang mengadu kan pada aku mcm mana nak kurangkan sakit tonsil, aku lah yang paling pandai menjawab. “cuba kumur dengan Listerr……kurangkan minum icy drinks etc. Ah..cam terer je aku ni. Bila terkena kat diri sendiri, baru aku tau memang tak semudah yang aku fikir. Ditambah pulak dengan ubat klinik dah dekat nak habis aku makan tapi sakitnya belum kebah juga.
Malam tadi dek kerana tak tertahan sakit tonsil, pukul 11.30 malam aku keluar ke drive thru McD. Tujuaannya?? Nak beli ubat – Sundae McD. Ada orang bagi petua, kalau sakit tonsil makan ice cream banyak2. Satu lagi petua, katanya minum air asam jawa dengan gula batu. Yang ini aku tak pernah try sebab mcm susah je nak cari gula batu berbanding ice cream (alasan nak makan ice cream).Aku pun confuse kenapa makan ice cream boleh menyembuhkan sakit tonsil tapi kalau aku minum air sejuk makin sakit pulak rasanya.Walhal dua2 pun sama aje – sejuk!
Hasil dari makan 2 Sundae McD malam tadi, berserta dengan minum air masak bergelen2 (walaupun sakit yg amat) dan berkat makan ubat klinik yg tinggal satu biji je lagi nak habis…. pagi aku dapat rasa aku masih ada tekak. Ah..tonsilitis has gone. Alhamdulillah syukur….
So people, kalau sakit tonsil makan ice cream. I have tried this and it works!
cik anna… get well soon k…
if you feel something fishy on about throat, well… don’t eat fish okay… just go straight to the hospital… & jangan asik belasah sundae McD ajer… ingatlah orang-orang (read: sayer..
) yang tersayang kat sini yang memerlukan sundae McD juga… hikhikhik…
By: archiq on October 15, 2009
at 11:00 am
Hahaha..archiq…kureng je buat lawak eh..
eh mcD ada banyak stock Sundae..dont worry Chik..
By: thrulife on October 15, 2009
at 12:34 pm
wahh tak pernah tau nih..tq2..
Dr Sundae..hikhikhikhik
By: whooz on October 16, 2009
at 8:29 am
Yup huzz..petua orang2 muda yg pernah terkena sakit tonsil nih. memang berkesan la. Tapi saya try Sundae McD je. Ice cream jenama lain tak tau la pulak keberkesanannya..hehe..
By: thrulife on October 16, 2009
at 12:06 pm
mmg kalau tonsil bengkak ubatnya makan ice cream kerana anak buah saya umur 12 tahun operation tonsil di ppukm..keluar wad bedah sampai wad biasa nurse bagi ice cream untuk pulihkannya…saya pun ada penyakit yg sama tp takut nk operation dan tiap kali sakit makan ice cream juga kalau malas nak ke klinik..
By: as on February 16, 2012
at 7:02 pm